Saturday, 6 August 2011

Kepentingan Masjid Jamek kepada Penduduk Bagan Serai







TAJUK: PERANAN MASJID JAMIK KEPADA PENDUDUK BAGAN SERAI

DISEDIAKAN OLEH: AMIRAH YASIRA BINTI NAZRI

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN, PENSYARAH CTU101

PROGRAM: DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

TARIKH SERAH: 31 JULAI 2011

TARIKH BENTANG: 1OGOS 2011


ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENDAHULUAN
KONSEP MASJID
AJK MASJID
PROGRAM
IMARAH
SUMBANGAN
MASALAH DAN PENYELESAIAN
CADANG
KOMEN
PENUTUP
RUJUKAN


ABSTRAK
Masjid didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Antara peranan masjid ialah mengubah dan membina pemikiran masyarakat untuk menjadikan mereka masyarakat yang beriman, bertakwa dan bersatu padu. Esei ini menjelaskan maksud sebenarmasjid  dari sudut bahasa dan istilah, pandangan sarjana dan tokoh-tokoh Islam, perana masjid, program dan imarah masjid seterusnya cadangan dan komen. Sambutan masyarakat terhadap program-program yang diadakan, kesesuaian program itu dengan masyarakat setempat, peranan masjid dalam mengubah sikap, budaya dan pemikiran masyarakat setempat dan memaksimumkan peranan masjid dalam pembangunan masyarakat. Pada akhir perbincangan penulis membuat kesimpulan dan cadangan untuk mempertingkatkan lagi mutu masjid ini.

PENDAHULUAN

Bismilahhirahmannirahim. Alhamdulilah. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan esei ini degan jayanya. Ucapan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa, kakak dan kawan-kawan yang banyak memberi semangat, dorongan dan bantuan dalam menjayakan projek ini. Segala yang kurang adalah dari diri saya dan segala yang baik serta sempurna adalah milik Allah S.W.T.

Tujuan utama esei ini ditulis adalah untuk saya dan orang ramai mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang apa itu msjid dan juga mengetahui apa sebenarnya peranan yang dimainkan oleh masjid terutamanya Masjid Jamik iaitu masjid yang terletak di kawasan berhampiran rumah saya, Bagan Serai. Selain itu, dapatlah kita sama-sama mengetahui aktiviti-aktiviti yang menarik lagi bersifat positif yang telah dijalankan di masjid kami untuk dikongsi bersama anda semua. Bidang dan skopnya merangkumi konsep masjid, pendapat sarjana, ahli jawatan kuasa masjid, peranan, imarah, masalah dan cara mengatasinya serta cadagan dank omen yang perlu dititik beratkan untuk memajukan dan menghiasi masjid dengan penuh warna-warni kehidupan.

Harapan saya agar perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaaat kepada kita semua dan dapat diterapkan di tempat-tempat yang lain. Natijahnya, masjid memainkan peranan yang sangat penting terutamanya bagi kita penganut Islam dalam membina jati diri yang mulia.

KONSEP MASJID
Masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa Arab ialah tempat bersujud manakala dari sudut istilah syarak pula ialah tempat di permukaan bumi yang disediakan bagi mengerjakan sembahyang. Berdasarkan sabda Nabi S.A.W yang berbunyi: 
Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Walaubagaimana pun, kita harus sedar bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk beribadah semata-mata, bahkan masjid merupakan pusat kegiatan pelbagai aktiviti umat Islam sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Ia telah dibuktikan pada zaman baginda, Rasulullah SAW yang telah memperlihatkan masjid sebagai pusat membawa hidayah dan selamat kepada manusia.

Apa yang jelas fungsi masjid pada zaman nabi dan zaman kegemilangan Islam, amat banyak sekali dan ia mencakupi pelbagai bidang kehidupan. Sebagai contoh, masjid Nabawi pernah menjadi pusat perlindungan kepada musafir dan orang miskin. Ia juga merupakan tempat di mana nabi bermesyuarat dengan para sahabat untuk mendapatkan pandangan tentang sesuatu perkara.

DALIL DARIPADA AL QURAN
Surah Ali ‘Imran ayat 96: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

Islam telah menggariskan konsep dan sifat-sifat bagi mereka yang dapat mengimarahkan masjid berdasarkan firman Allah dalam surah At- Taubah ayat 18: Yang bermaksud: ‘ Bahawa orang yang memakmurkan masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa) selain dari Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Bertolak dari ayat di atas memakmurkan masjid merupakan perkara penting di dalam masyarakat bagi melahirkan kelompok manusia yang bersifat takwa bagi memenuhi tuntutan ayat tersebut.

DALIL DARIPADA AL HADITH

Abu Dzar r.a katanya:
Aku bertanya: Wahai Rasulullah!
Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini?
Rasulullah menjawab: Masjidilharam.
Aku bertanya lagi: Setelah itu masjid mana pula?
Baginda menjawab: Empat puluh tahun.

Walaupun begitu dimana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang dirikanlah sembahyang kerana disitu juga merupakan masjid.
Di antara dalilnya adalah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda:
 “Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu solat maka solatlah…”

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah.  Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah”. (QS. al-Jin: 18)

PENDAPAT SARJANA
Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan di dalam Shahihnya :
Dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya, dan bagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya.” (HR. Muslim dalam Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Shalah).

RUMUSAN

Mengimarahkan masjid adalah merupakan salah satu tuntutan agama. Jaganlah kita sesekali membiarkan masjid itu kosong daripada segala jenis aktiviti dan janganlah pula kita hanya bermegah-megah dengan kecantikan dan kehebatan masjid itu tetapi tiada pengisian di dalamnya. Seperti hadis dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid"

AJK MASJID

Masjid ini diketuai oleh En. Syamsul Hazeman B. Md Salleh iaitu Penolong Pegawai Daerah Kerian. Beliau merupakan seorang yang sangat berpandangan jauh dalam memberikan idea yang sangat bernas untuk menarik lebih ramai orang ke masjid. Beliau juga merupakan salah satu pemimpin yang sangat bertanggungjawab dalam merialisasikan setiap aktiviti yang diadakan. Pembantu beliau yang jauh lebih berpengalaman dalam mengendalikan masjid ialah Tuan Haji Adnan Haji Hassan iaitu PPT.PJK. sebagai timbalan pengerusi. Tuan Haji juga sangat berperanan besar dalam menguruskan masjid ini. Setiausaha ialah Tuan Haji Mohd. Saad bin Haji Hashim manakala pembantunya ialah Mohd. Kassim Bin Sulaiman. Bendahari yang sentiasa amanah dalam menguruskan kewangan masjid pula ialah Tuan Haji Mohd. Kasim Bin Awang. Terdapat sepuluh orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua perempuan yang sama-sama membantu ahli jawatan tertinggi dalam mengimarahkan lagi masjid ini. Tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh mereka serta galakn dan sokongan daripada orang ramai telah dapat memajukan masjid ini.

PROGRAM

Pelbagai aktiviti yang dirancangkan pada setiap tahun, bulan dan minggu. Pada setiap tahun, masjid ini akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan program membudayakan Al-Quran pada bulan Ramadhan iaitu pada bulan puasa. Majlis Isra’ dan Mikraj, Qiamullail, program korban pada Hari Raya Korban dan berbagai program lagi turut diadakan.
 Majlis Khatam Al-quran
 
  Korban

Gotong-royong bersama masyarakat juga diadakan pada setiap tahun bagi memastikan kawasan dalaman dan luaran masjid sentiasa dalam keadaan yang bagus. Longkang dan kolah air sembahyang akan dibersihkan dan dititiskan sedikit ubat bagi menjaga kebersihan air sekaligus dapat mengurangkan potensi pembiakan nyamuk aides.
     
 
gotong-royong tahuanan

Ceramah bulanan juga turut diadakan di sini oleh Ustaz Kasim Alias dari Ipoh dengan pelbagai ceramah yang disampaikan bagi menarik minat orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah ini disamping dapat mengisi dan memperolehi pelbagai sumber ilmu pengetahuan. Ceramah yang sememangnya menarik dengan cara penyampaian yang begitu memberangsangkan oleh ustad Kasim telah Berjaya menarik ramai penduduk Bagan Serai terutama pemuda-pemudi untuk turyt serta memeriahkan lagi program ini. Alhamdulilah setiap bulan jumlah pengunjung semakin bertambah terutamanya pada musim cuti persekolahan.
Ceramah Ustaz Kasim Alias

Manakala program mingguan seperti majlis bacaan Yassin dan tafsirannya pada hari malam Khamis. Kelas pengajian Al-Quran juga diadakan setiap hari Rabu pada waktu petang. Program membudayakan Al-Quran, kelas-kelas bimbingan pelajar-pelajar sekolah dan kelas untuk golongan wanita juga turu dijalankan di masjid ini sejak bertahun yang lalu.
  Kelas Bacaan Al-Quran

Manakala program harian yang paling penting dapat dilakukan solat waktu secara berjemaah dan dapat diadakan program membudayakan Al-Quran setiap selepas solat waktu.

IMARAH

Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Nabi kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 18)

Memakmurkan masjid bukan setakat memperindahkannya sahaja. Ia perlulah dihidupkan dengan mengerjakan solat berjemaah di dalamnya, mengisinya dengan majlis-majlis ilmu, memperbaiki kerosakan dan selalu berkunjung ke sana untuk melakukan ibadat.

Allah mendengar segala kata-kata mereka. Selepas itu turunlah ayat yang mengkategorikan mereka yang layak memakmurkan masjid. Antara mereka ialah orang-orang yang beriman kepada Allah. Orang-orang yang beriman kepada Allah ialah orang-orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka yang tidak takut kepada sesiapa pun kecuali Allah semata-mata.

SUMBANGAN

Antara sumbangan masjid ini ialah berperanan menjadi pusat Ibadah umat Islam terutamanya penduduk Bagan Serai sejak berpuluh tahun lagi. Ia juga menjadi salah satu pusat kegiatan Masyarakat dan Agama. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sini seperti yang telah dibincangkan di atas. Aktiviti agama sepeti solat, korban, majlis akad nikah, marhaban dan kelas mengaji, aktiviti social sepeti gotong-royong, sambutan Hari Ibu dan Bapa juga diadakan.

MASALAH DAN PENYELESAIAN

Antara masalah yang ketara dihadapi oleh masjid ini ialah ketika khatib menyampaikan khutbah, ramai jemaah yang berada di ruang koridor dan atas masjid tidak dapat melihat khatib dan mendengar hujah khatib dengan jelas dan menyebabkan mereka kurang tumpuan ketika khutbah jumaat disampaikan. Apabila jemaah kurang tumpuan semasa khutbah jumaat disampaikan, ini adalah perkara yang amat membimbangkan kerana berkemungkinan mereka akan bersembang antara satu sama lain walhal di dalam hadis telah menyatakan,
‘Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”.

Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, pihak AJK Masjid telah mengambil inisiatif dengan memasang 4 set skrin di luar masjid berhampiran dengan ruang solat terbuka dan bahagian atas masjid dengan siaran secara langsung oleh khatib yang bertugas menyampai hujah menggunakan LCD. Ini membolehkan para jemaah di ruang solat terbuka dan atas dapat melihat khatib dengan lebih jelas lagi.

 LCD yang berfungsi untuk siaran langsung solat jumaat di masjid 

Selain itu, untuk member keselesaan pada jemaah masjid ketika beribadah, pihak ajk masjid telah menambahkan bilangan kipas dan juga meletakkan beberapa hawa dingin di setiap kawasan masjid supaya jemaah tidk berasa panas dan selesa.
Untuk menambahkan keselesaan para jemaah terutamanya ketika solat, pihak masjid telah mendapat sumbangan daripada saudagar kaya yang memberikan permaidani baru dan lembut untuk mengutamakan keselesaan para jemaah. Semestinya para jemaah akan merasakan keselesaan dengan adanya permaidani empuk ini bersama hawa dingin yang sememangnya menyamankan lagi keadaan.
CADANG
Pelbagai aktiviti perlulah dirangka untuk menarik lebih ramai orang Islam mengunjugi masjid terutamanya golongan muda-mudi zaman sekarang. Sekiranya ramai pemuda-pemudi menyertai aktiviti yang diadakan di masjid sekaligus masalah-masalah social dapat dikurangkan daripada berleluasa. Sekaligus dapat melahirkan masyarakat dan pemimipin masa hadapan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

KOMEN

Aktiviti yang diadakan harus memastikannya mandapat sambutan daripada ramai pihak supaya pengisiannya lebih mendalam lagi dan lebih meriah.

PENUTUP
Masjid merupakan rumah ibadat dan kubu untuk mempertahankan iman serta membentuk akhlak yang mulia. Di sinilah umat Islam membuang segala kekotoran seperti hasad dengki, kerakusan, kejahatan serta kerosakan. Seterusnya memasukkan yang jernih seperti nur iman yang penuh keikhlasan dan kekhusyukan dalam menuju cinta terhadap Ilahi. Mengharapkan keredhaan, kasih sayang serta rahmat hanya dari Pencinta yang hakiki.
Masjid merupakan tempat yang sangat penting dalam pembangunan Agama Islam, masyarakat dan negara. Ia merupakan rumah Allah yang suci, sekaligus tempat peribadatan bagi umat Islam. Peranannya turut merangkumi markas perbincangan, pendidikan, pentadbiran, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sememangnya terlalu besar peranan yang dimainkan oleh masjid. Jadi umat Islam haruslah menyedari dan mengetahui kepentingannya serta mengaplikasikan pengetahuan kita tentang kepentingannya bersama-sama. Marilah kita sama-sama mengimarakkan lagi masjid-masjid yang sedia ada di Malaysia mahupun di luar Negara. Janganlah kita membiarkan rumah Allah begitu sahaja. Semangat yang tinggi sangatlah diperlukan dalam usaha memajukan dan membangunkan masjid-masjid Allah.


RUJUKAN

Dakwah Tauhid. (2009). Hadis-hadis tentang Masjid: http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/04/10/hadits-hadits-tentang-masjid/

Ezad Azraai Jamsari. (2010). Peranan Dan Sumbangan Institusi Masjid Dalam Pembangunan Masyarakat Melayu-Islam Di Singapura: Satu Kajian Di Masjid Assyafaah, Sembawang

Mohd Azam Bin Jaafar. (2003). Peranan Masjid Negeri Arau, Perlis Dalam Mengubah Pemikiranmasyarakat Setempat


Noresah Baharom, d. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



No comments:

Post a Comment